Tuesday, 16 September 2014

Posted by The Nerdy Nutritionista on Tuesday, September 16, 2014 No comments
AsSalam dan Selamat Sejahtera...

Hari ni nak cerita pasal Set Hamil Shaklee... Set ni memang popular di kalangan ibu-ibu mengandung, asal mengandung je terus cari saya.. Hehe.. Yang tak mengandung pun ada juga yang makan (saya lah tu), sebab set ni memang lengkap dalam membekalkan semua nutrisi yang diperlukan.

So apa istimewanya Set Hamil Shaklee ni?  Kebanyakan customer memang bagi feedback yang baik lepas makan Set Hamil Shaklee.  Rata-rata komen yang diterima berkisar tentang HB yang cantik, alahan kurang, makan berselera, sakit pinggang dan kebas/cramp kaki berkurangan.


Berikut fungsi dan kebaikan setiap vitamin dalam Set Hamil Shaklee:

Vita-Lea Iron Formula
Multivitamin dan multimineral yang seimbang dan paling komprehensif.  Vita-Lea diformulasikan khusus dengan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.  Siapa yang selalu rasa nak pitam, anemia atau HB rendah masa mengandung tu memang elok sangatlah ambik Vita-Lea ni.  Insya Allah cantik je HB sepanjang kehamilan.

Sustained Release Vita-C Plus
Vitamin C merupakan antioksida yang kuat. Antara fungsi vitamin C ni adalah untuk mencegah jangkitan dan selsema, penghasilan kolagen dalam pembentukan kulit, tendon ligamen dan salur darah dan juga untuk merawat luka dan membaiki tulang, rawan dan gusi.  Masa mengandung badan selalu lemah dan mudah jangkit demam selsema jadi perlu banyakkan pengambilan vitamin C ni.

B- Complex
B-Complex Shaklee mengandungi kesemua 8 jenis vitamin B yang lengkap termasuklah Asid Folik yang doktor selalu bagi masa awal kehamilan.  B-Compleks penting untuk tumbesaran bayi yang sihat dan normal.  Membantu pembinaan sel DNA dan mengelakkan kecacatan otak dan tulang belakang (spina bifida).  Gangguan pada pembentukan saraf tunjang bayi boleh berlaku seawal minggu pertama kehamilan iaitu sebelum kebanyakan wanita tahu mereka hamil.  Sebab tu penting untuk ambil B-Complex 3-6 bulan sebelum mengandung.

Ostematrix
Ibu mengandung memerlukan 1000mg kalsium sehari.  Kalsium penting untuk membina tulang dan gigi yang kuat untuk bayi.  Selain itu kalsium juga diperlukan untuk perkembangan jantung, saraf dan otot bayi.  Sekiranya pengambilan kalsium anda tidak mencukupi, bayi akan mendapatkan kalsium dari tulang anda.  Sebab tu ramai ibu mengandung mengalami sakit tulang belakang, sakit gigi dan berisiko tinggi untuk mendapat osteoporosis di usia tua kelak.


Hubungi saya untuk harga istimewa dan konsultasi percuma.  Selamat mencuba!

Hazrina Zahid
012 3123316 - Call/WhatsApp/Telegram/SMS
The Nerdy Nutritionista - FB Page

0 comments:

Post a Comment