Tuesday, 14 October 2014

Posted by The Nerdy Nutritionista on Tuesday, October 14, 2014 No comments
AsSalam dan Selamat Sejahtera,

Hari ni saya nak cerita pasal seekor lagi vitamin Shaklee favourite saya selain Ostematrix dan B-Complex iaitu Vita-Lea.  Vita-Lea ini diformulasikan dengan iron atau zat besi.  Kalau nak tahu, walaupun saya ni the opposite of kurus (diplomasi sangat!) saya ni budak tak cukup zat.  Hehehe..

Ceritanya begini.  Pada tahun 2005, saya telah ke SJMC untuk buat medical checkup sebagai satu syarat sebelum memulakan first job saya.  Waktu tu saya baru je grad, dan excited sangat nak start kerja.  Malangnya saya fail medical checkup tersebut sebab saya fail blood test saya.  Rupa-rupanya menurut doktor saya ada iron deficiency anemia.  

Apa pulak iron deficiency anemia ni?  Basically ianya adalah anemia yang diakibatkan oleh kekurangan zat besi.  Apa pulak anemia? Anemia ialah satu keadaan di mana terdapat kekurangan sel darah merah atau kekurangan hemoglobin (molekul sel darah merah yg mengandungi zat besi dan membawa oksigen ke seluruh badan) dalam darah kita yang menyebabkan penghidapnya pucat dan sering keletihan.

Bila fikir balik memang pun saya sangat pucat waktu tu dan saya selalu je penat dan layu sepanjang hari.  Bagi ibu mengandung, mungkin dah biasa dengar pasal iron deficiency anemia ni sebab bila pergi checkup, doktor akan check kandungan hemoglobin atau Hb dalam darah.  Kalau Hb rendah dari 10g/dL (gram per deciliter.  1 desiliter = 100 mililiter) doktor akan bising.  Betul tak?

Waktu tu Hb saya agak kronik, dalam 5g/dL je, so doktor cadangkan saya makan pil zat besi yang bernama Sangobion.  Saya tak suka betul dengan pil ni sebab bila saya makan je saya jadi pening dan selalu sembelit.  So saya makan sampai Hb saya naik sikit je, lepas tu saya dah tak nak makan dah dan saya tak nak jumpa dah doktor tu sebab tak nak kena paksa makan pil zat besi tu lagi.  Jadi saya pun hiduplah dalam keadaan anemic untuk beberapa tahun sebab degil.. Hehehe..

Fast forward ke 2011, saya dapat kerja baru kat Bukit Jalil.  Simptom lama kembali menghantui saya.   So saya jumpa doktor dekat ofis baru saya pulak dan ceritakan sejarah hidup saya.  Doktor pun buat blood test dan alangkah tak terkejutnya bila saya didapati masih anemic dengan kadar Hb 8g/dL.  Saya merayu-rayu tak mahu Sangobion tu lagi, tapi dia paksa jugak.  Lama-lama saya pun menyorok dari doktor ni sampailah saya jumpa Vita-Lea Shaklee tak lama kemudian.

Lepas makan Vita-Lea saya rasa makin sihat dan bertenaga jadi dengan confidentnya pergi jumpa doktor balik.  Doktor buat blood test lagi dan Alhamulillah Hb saya naik sampai 13g/dL.  Doktor tu sekarang jadi best friend saya sebab saya takyah nak sorok dari pil zat besi tu lagi.. Hehehe.. Doktor kata tip kalau nak tahu badan kita ni cukup zat besi ke tak, tengok je kat najis kita.  Kalau kehitaman, maknanya cukup zat besi lah tu.  Tapi kalau too much zat besi, boleh jadi sembelit.

Ni lah dia penyelamat saya, Vita-Lea Iron Formula dari Shaklee.  Untuk pengetahuan, vitamin B-Complex juga sangat membantu mengatasi anemia dan Vita-C pula membantu penyerapan zat besi.  Seeloknya ketiga-tiga vitamin ni diambil bersama kalau nak maximize results.  


Buat mak buyung di luar sana, pesan saya berhati-hatilah dengan iron deficiency anemia ni.  Jangan jadi degil macam saya sebab kalau dibiarkan boleh menyebabkan keguguran, kelahiran pramatang, tumpah darah waktu bersalin dan stillbirth (baby mati dalam perut).

Kalau nak tahu lebih lanjut pasal pengalaman anemia saya atau nak harga istimewa untuk Vita-Lea, jangan segan untuk hubungi saya seperti di bawah.  Jumpa lagi di entri seterusnya, Insya Allah.

Hazrina Zahid
Call/WhatsApp/Telegram - 0123123316

0 comments:

Post a Comment