Tuesday, 28 October 2014

Posted by The Nerdy Nutritionista on Tuesday, October 28, 2014 No comments
AsSalam dan Salam Sejahtera,

Siapa selalu mengeluh bila terpaksa bercakap dengan agen MLM? Siapa rasa bosan dan jauhkan diri dari kawan bila dapat tau yang dia dah join MLM?  Hmmm.. Dulu saya pun macam tu.  Anti MLM! Tapi takdelah sampai melarikan diri atau unfriend atau menyampah dengan status update kawan-kawan tu. Saya faham, masing-masing mencari rezeki, so tak perlu lah nak emotional sangat. Nasib baiklah saya tak over camtu, sebab tengok-tengok sekarang saya sendiri dah terjerumus dalam kancah MLM. Hahaha..

Dulu ayah saya rajin join MLM ni.  Dari A****, N***** dan macam-macam lagi. Saya memang tak berkenan langsung dengan MLM ni.  Awal-awal lagi dah pangkah and reject terus. Tapi entah macamana hati saya tergerak nak buat business Shaklee ni. Takde siapa pun yang ajak saya. Saya yang tergedik-gedik cari Shaklee sebab nak sihatkan badan. Pada mulanya tak terfikir langsung nak buat bisnes, sekadar nak makan sendiri je. Tapi, I guess semua itu percaturan Allah.


Selama setahun join Shaklee sebagai pengguna, saya dapat tengok dengan sendiri bagaimana Shaklee berbeza dengan business MLM yang lain. Perbezaan ini lah yang menyebabkan saya rasa nak buat business Shaklee ni. Entri kali ni, saya nak cerita sikit tentang apa yang best sangat pasal buat business Shaklee ni.

1. Modal Rendah

Saya join Shaklee dengan RM65 je untuk seumur hidup. Dengan RM65 tu, dapat member kit, segala macam info ada dalam tu untuk bantu kita buat business. Of course, saya tak pedulikan benda tu masa saya join sebab masa tu mati-mati tak nak buat business. Just nak beli pada harga ahli je.

2. Tak Perlu Maintain Points Atau UV Untuk Kekalkan Keahlian

Yang ni saya suka. Sebab kalau jadi ahli tapi asyik kena beli barang je untuk kekal jadi ahli saya memang tak suka. Sebab ada setengah vitamin tahan 2-3 bulan, so maybe 2-3 bulan saya tak beli barang. Kalau tiap-tiap bulan kena beli barang habislah saya. Dahlah pressure, pastu nanti rumah penuh ngan barang yang saya tak nak. Tak ke rugi? Shaklee ni mudah, kalau usaha lebih, bonus lebih. Kalau takde usaha atau usaha kurang, bonus takde atau bonus kurang. Simple kan?

3. Tak Perlu Simpan Stok

Bila kita baru join, memanglah takde duit nak beli stok, logik tak? Sebab tu lah Shaklee tak ada paksa kita untuk beli stok dan simpan kat rumah. Nanti bila dah dapat bonus beribu-ribu suka hati lah nak simpan stok ke tidak. Yang penting masa awal-awal takyah sibuk nak ambik personal loan dan beli sampai beribu-ribu untuk naik pangkat atau kekalkan pangkat.

4. Tak Payah Pegi Meeting (Siang atau Malam)

Yang ni saya suka sangat. Dulu masa ayah saya buat business MLM dulu, ada je kena gi meeting tiap-tiap malam. Saya rasa tak berkenan sangat sebab saya suka luangkan waktu malam saya bersama keluarga tercinta. Dah lah seharian duduk dekat ofis tak dapat spend time dengan family. Pastu adakah malam nak kena keluar lagi.. Oh tidaaaaaaaaaaaakkk!

Business Shaklee ni semuanya online. Beli barang online, coaching pun online. Sebagai generasi yang semuanya nak buat online, saya memang suka sangat sangat bab ni. Hehe..

5. Tak Perlu Cari Anak

Sesetangah business MLM, kalau nak berkembang tu, kena recruit atau cari orang untuk masuk bawah kita. Alhamdulillah la Shaklee tak macam tu. Saya pun bukan pandai nak sembang kencang sampai orang rasa nak join saya. In most cases, orang akan join dengan sendirinya sebab dah rasa kehebatan produk Shaklee. Ataupun, in my case, join Shaklee sebab nak beli pada harga ahli. So, kalau saya telefon, janganlah pulak tak angkat ye! Heheheh..

6. Produk Dikenali Ramai

Shaklee ni bukan lah brand yang baru bertapak kat Malaysia. Dari saya kecik lagi ada pakcik saya jual Shaklee. Waktu tu botol dia warna brown. Siapa tak kenal produk Shaklee? Disebabkan produk Shaklee ni sangat terkenal, kita tak perlu nak beria menjual bagai nak rak. Tak perlu nak hard sell sangat. Cuma share saja apa yang kita rasa, dan orang akan cari kita untuk beli barang dengan kita. Contohnya, dulu saya kan makan sendiri je. Tapi kadang tu time hujung bulan je dapat WhatsApp dari orang yang saya tak kenal nak mintak COD barang. Alhamdulillah rezeki datang berguling. So itu yang buat saya berfikir. Kalau saya tak usaha langsung pun ada customer nak beli barang, cuba bayangkan kalau saya berusaha dengan bersungguh-sungguh. Insya Allah, mesti ada orang nak beli punya.


7. Berkenalan Dengan Amalan Rohani

Saya ni bukanlah seorang yang alim. Tapi Alhamdulillah, setelah berkenalan dengan Shaklee saya diajar oleh mak Shaklee saya supaya mendekatkan diri dengan Allah melalui pelbagai amalan rohani seperti berzikir, solat dhuha, solat tahajud, solat taubat, mengaji Al-Quran, bersedekah dan berzakat. Eloklah tu, umur pun dah senja. Hehe. Berbeza sangat dengan sesetengah MLM lain yang kuat berjimba tak tentu hala, bertepuk tampar antara lelaki dan perempuan, meeting malam-malam, solat entah ke mana dan sebagainya. Group kami diajar untuk percaya yang rezeki itu datangnya dari Allah, sebab tu kena minta dengan Allah, bukan orang. Bila dah usaha sungguh-sungguh, biar Allah saja yang tentukan.

Ok. Itu saja entri kali ni. Kalau rasa dah jatuh cinta dengan Shaklee macam saya, bolehlah hubungi saya seperti dibawah. Boleh la kita sama-sama belajar betapa mudahnya menjemput rezeki. (Poyo kan ayat ni? Sebab tiba-tiba ternampak buku Mudahnya Menjemput Rezeki ni ada atas meja saya. Sebab tu dia jadi mangsa.. Hehee..)

Hazrina Zahid
Call/WhatsApp/Telegram/SMS - 0123123316
FB Page - http://www.facebook.com/thenerdynutritionista


0 comments:

Post a Comment