Monday, 13 October 2014

Posted by The Nerdy Nutritionista on Monday, October 13, 2014 No comments
AsSalam dan Selamat Sejahtera,

"Perlu ke ambil suplemen?".  Itulah pertanyaan yang selalu ditanyakan kepada saya oleh kawan-kawan di ofis bila mereka nampak saya ambil suplemen Shaklee.  Bagi saya, jawapan untuk soalan ni sebenarnya bergantung kepada tuan punya badan.  Kalau kita confident yang kita makan elok, cukup segala zat, then tak perlu lah.  Kalau macam saya dan juga macam kebanyakan orang berkerjaya yang selalu kena cepat je, then jawapannya perlu lah.

Saya tak yakin saya sentiasa dapat makan makanan berkhasiat sebab sibuk bekerja.  And even bila saya try sebaik mungkin untuk makan makanan yang berkhasiat, saya juga tak yakin dengan kualiti khasiat yang terkandung dalam makanan tersebut.  Zaman sekarang ni kita makan ayam yang dicucuk dengan hormon, minum susu lembu dari lembu yang juga kena cucuk dengan segala macam antibiotik.  Makan sayur pun, sayur yang kena spray dengan pesticide atau racun perosak.  Saya nak je makan makanan organik yang bebas dari semua benda tu, but honestly I can't afford it.  Saya tak mampu.  Makanan organik ni untuk orang kaya je.  Hehe..

Bagi saya, suplemen ni bukanlah benda baru.  Saya membesar dengan suplemen.  Parents saya memang amat menitikberatkan kesihatan dan memang percaya dengan suplemen.  Mak saya dulu seorang pensyarah biologi di Universiti Malaya dan ayah saya pula seorang engineer dengan Lembaga Getah Malaysia.  Both of them dari background sains.  Masa kecil, saya dan adik beradik yang lain diberi Scott's Emulsion, Haliborange, Flavettes Vitamin C, Vykmin dan segala macam vitamin - you name it.


Masa kecik memang biasa ambil suplemen, tapi bila meningkat remaja saya kononnya rebel lah, tak nak makan suplemen dah.  Nak tunjuk pandai konon.. Hehe..  Lagipun malas lah nak makan sebab masa tu sihat walafiat lagi kan.  Ingatkan tak ada kesan pun ambil atau tak ambil suplemen ni.  Sampailah dah besar panjang, dah boleh berdikari, dah kerja, dan dah kahwin.  Waktu tu baru sakit mula nak datang. Masa tu baru lah terhegeh hegeh nak cari suplemen balik, sampailah saya jumpa Shaklee yang serasi dengan saya.

Kadang saya fikir, kenapalah saya degil dulu.. Kalau saya continue ambik suplemen ntah ntah saya tinggi lagi (bukan rendang macam sekarang.. hehe) dan sihat lagi dari sekarang.. Tapi takpelah itu suratan takdir.. Dah lepas dah pun.  Yang penting, mulai sekarang saya berusaha nak jaga kesihatan saya dan keluarga saya..

Sekarang ni, ayah saya dah berumur 70 tahun, dan mak saya 65 tahun.  Alhamdulillah, mereka masih lagi dikurniakan dengan kesihatan yang baik.  Ya, memang betul kesihatan itu adalah nikmat rezeki dari Allah SWT dan boleh ditarik pada bila-bila masa.  Tapi tak salah kalau kita sebagai manusia yang lemah ni berusaha untuk sihat melalui pelbagai cara,  Dan seperti juga kedua ibu bapa saya, saya juga betul-betul percaya salah satu caranya adalah dengan pengambilan suplemen.  Wallahu a'lam.


Hazrina Zahid
Call/WhatsApp/Telegram/SMS - 0123123316
FB Page - http://www.facebook.com/thenerdynutritionista












0 comments:

Post a Comment