Saturday, 11 October 2014

Posted by The Nerdy Nutritionista on Saturday, October 11, 2014 No comments
AsSalam dan Selamat Sejahtera,

Semua orang tahu betapa pentingnya minum air kan?  Sepanjang hidup kita memang selalu dengar orang kata kena minum 8 gelas air sehari.  For me, saya aim untuk minum 3 liter air sehari sebab pengambilan suplemen memerlukan kita minum air yang banyak supaya tak bebankan buah pinggang dan untuk minimize kesan healing crisis.


Everytime saya pesan dengan customer supaya minum 3 liter air sehari, kebanyakan dari mereka akan rasa susah nak ikut.  Ada yang tak nak minum air sebab tak suka pegi toilet selalu.  Ada yang terlalu sibuk sampai tak sempat nak minum air.  Saya masa dulu pun macam tu jugak, tapi kalau kita istiqamah, Insya Allah lama-lama akan jadi kebiasaan.

Berikut saya share kan beberapa tips bagaimana untuk memudahkan kita minum 3 liter air sehari.
  1. Pilih botol yang ada sukatan supaya boleh track berapa banyak air kita dah minum.  Saya beli botol 2 liter saya kat Speedmart.  Warna purple lagi tu.  Botol 2 liter tu saya akan habiskan masa kat office.  Awal pagi lepas saya bangun tido saya dah minum dua cawan (that's 500ml) and then dari petang balik kerja sampai sebelum tidur malam tu saya ada masa lagi untuk habiskan another 500ml.  Jadilah 3 liter...
  2. Pilih botol yang ada straw and sentiasa letak botol tu dekat dengan kita.  Every now and then sip sikit-sikit through the straw and before you know it botol dah kosong.  Magic!
  3. Letak reminder kat phone untuk minum 250ml every hour masa kat office.  Katakan kerja from 9am - 6pm.  Kalau minum 250ml sejam sekali, by pukul 6pm dah dapat 2500ml.  Lagi 500ml je lagi.  Minum lah 250ml an hour lepas dinner or 30 minute sebelum dinner supaya cepat kenyang and then another 250ml sebelum tidur.  Settle!
  4. Setengah orang tak suka minum air kosong sebab tak suka rasanya.  Cara nak atasinya senang saja, letakkan sepotong lemon atau daun pandan dalam air supaya ada rasa sedap sikit.  Personally, saya lebih suka minum air sejuk berbanding air suam atau room temperature.  Letak dalam fridge, laju je saya minum.  Hehe...
  5. Kalau betul-betul tak suka and tak larat nak minum air, banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran yang mengandungi banyak air.  Contoh yang paling baik adalah tembikai dan timun.
Senang kan tips saya?  Before you know it dah habis minum dah 3 liter tu.  Jom minum!

Hazrina Zahid
Call/WhatsApp/Telegram/SMS - 0123123316
FB Page - http://www.facebook.com/thenerdynutritionista


Categories: ,

0 comments:

Post a Comment