Wednesday, 8 October 2014

Posted by The Nerdy Nutritionista on Wednesday, October 08, 2014 No comments
Dalam banyak-banyak vitamin yang saya makan (saya makan 4 jenis je, tak banyak pun..) anugerah VFS atau Vitamin Favourite Saya jatuh kepada ...... 

(Drum roll...............................................................................................................................................) 

OSTEMATRIX!!!  Ostematrix ni supplemen kalsium dan magnesium Shaklee yang ditambah dengan Zink, Copper (Tembaga), Manganese (Mangan) dan Boron untuk penyerapan optimum.
(Ok, technically Calcium, Magnesium and their buddies I mentioned are all minerals and not vitamins.. But.. uols layan jelah ok.. Haha!)

Ni lah rupa pemenang anugerah tersebut... Hehe...


Saya tak suka telan pil, tapi Ostematrix ni saya dengan husband memang makan setiap malam dan tak pernah miss.  Sebabnya ialah memang Ostematrix ni telah membawa perubahan besar dalam hidup saya.. (Ayat drama terlebih sudah..)

Insomnia (Gangguan Tidur)
Dulu saya selalu sangat kena insomnia ni sampaikan bila time nak tidur je saya dah mula stress.  Saya akan baring sambil terkebil-kebil selama beberapa jam, sebelum berjaya melelapkan mata.  Husband saya pun stress bila saya kena insomnia ni sebab bila saya tak boleh tido saya mulalah kacau dia dan paksa borak sampai tertido.. Kesian orang tu mata kena letak mancis sebab nak teman saya. 

So kenapa insomnia ni terjadi?  Bagi saya, antara puncanya adalah stress, pengambilan caffeine (saya hantu Nescafe) dan kekurangan kalsium dan magnesium.  Bagaimana kalsium dan magnesium membantu?  Kalsium dan magnesium bertindak sebagai penenang semulajadi.  Kalsium meningkatkan hormon melatonin atau "hormon tidur" dan magnesium pula bertindak untuk merehatkan saraf dan otot.

Alhamdulillah, sekarang dah tak ada masalah tidur lagi thanks to Ostematrix Shaklee.  Selain tu, saya juga dah berhenti minum Nescafe dan kurangkan stress di tempat kerja.  Yelah, memang ada suplemen Shaklee untuk membantu, tapi kita pun kenalah avoid abusing our body.  Betul tak?

Sembelit (Constipation)
Pernah sekali tu kehabisan Ostematrix.  Selalunya saya memang ada extra stock, tapi kebetulan masa tu ada pulak customer nak, so saya bagi stok peribadi saya dulu (chewah, berdedikasi tak..?)  Hari berganti hari busy sangat kat ofis sampai tak sempat nak order online pun.. Bila masuk hari kedua ke ketiga tak makan Ostematrix, saya dan husband mengadu sembelit.. Sebenarnya takde lah se'kronik' sembelit, tapi nak ke arah tu la.. Fikir punya fikir rupanya sebab dah banyak hari tak makan Ostematrix.  

Magnesium dalam Ostematrik bertindak sebagai julap semulajadi.  Ianya membantu mengatasi sembelit dengan dua cara.  Pertama, magnesium melegakan (relaxes) otot usus dan melancarkan pergerakan najis.  Kedua, magnesium meningkatkan paras air dalam usus, yang membantu memulakan peristalsis dan melembutkan najis supaya dapat dikeluarkan dengan mudah.

Kekejangan Otot (Muscle Cramps)
Saya ni suka menggeliat.. Dulu kalau menggeliat time sejuk kadang tu terkena cramp kat kaki.. Sakitnya sampai rasa trauma nak menggeliat lagi.. Hehe.. Lagi satu, sebelum makan Ostematrix dulu saya selalu jugak kena period pain.   

So apa kena mengena kalsium dan magnesium dengan semua ni?  Kalsium dan magnesium ni memainkan peranan penting dalam pergerakan otot kita.  Kalsium membantu otot menguncup (contract) dan magnesium pula membantu otot kita relaks.  Alhamdulillah lepas makan Ostematrix, dah jarang kena cramp dan jarang sangat period pain.  Rasa mengidam coklat sebelum period pun hilang,  Sebabnya, kita mengidam coklat kerana coklat kaya dengan magnesium.  Bila magnesium dah cukup dalam badan tak ada lah mengidam tak tentu hala lagi.

Oklah, post ni dah panjang berjela.  Ini baru tiga sebab kenapa saya sayang Ostematrix.  Ada banyak lagi sebab kenapa Ostematrix ni bagus untuk kita.  Maybe saya cerita lagi di post lain pulak.

Sekian saja untuk kali ni.  Kalau ada pertanyaan lanjut, boleh hubungi saya seperti berikut:

Hazrina Zahid
Call/WhatsApp/Telegram/SMS - 0123123316
Facebook Page - http://www.facebook.com/thenerdynutritionista






Categories: , ,

0 comments:

Post a Comment